Smart Irrigation Monitoring System (SIMS)

Smart Irrigation Monitoring System (SIMS) ialah gerbang revolusi digital di bina khas kepada usahawan tani moden yang dalam menguruskan ladang berasaskan data agronomi masa nyata. Dengan memanfaat kemajuan terkini, SIMS mentransformasikan kaedah pengairan tradisional kepada sistem pertanian pintar yang lebih cekap.

Keupayaan utama SIMS merangkumi:

  • - Modelling Keperluan Air bagi 45 Jenis Tanaman: Menjana simulasi dan ramalan keperluan air khusus untuk 45 varieti tanaman sehingga 5 hari ke hadapan dengan selang masa 1 jam. Ini membolehkan usahawan tani mengawal serta melaras sistem pengairan ladang secara optimum tanpa pembaziran air.
  • - Analisis & Amaran Water Stress: Menyukat tahap tekanan air tanaman berdasarkan pengukuran kadar evapotranspirasi serta unjuran cuaca sehingga 14 hari ke hadapan.
  • - Perisai Perubahan Cuaca: Bertindak sebagai sistem amaran awal yang membolehkan petani membuat keputusan strategik bagi melindungi hasil tanaman daripada ancaman cuaca ekstrem.
Dengan SIMS, pengurusan ladang kini berada di hujung jari, memacu produktiviti maksimum melalui pemodelan data agronomi yang tepat dan berdaya tahan.



Informasi

Maklumat-maklumat tambahan ini disediakan bagi kemudahan pengguna dalam mendapatkan tips bagi persediaan penggunaan sistem pengairan pintar.

E-IOT

Konsep Asas Sistem Pengairan Pintar

E-Extension

Asas Sistem Pengairan Pintar dan Kaedah Pemasangan Sistem.

E-Rakan Strategik

Senarai penyedia perkhidmatan Sistem Pengairan Pintar yang telah mendapat khidmat nasihat daripada Jabatan Pertanian

Hubungi Kami

JABATAN PERTANIAN
Aras 7-17, Wisma Tani, No. 30 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya Malaysia