Smart Irrigation Monitoring System (SIMS)

Smart Irrigation Monitoring System (SIMS) adalah sistem untuk pemantauan data IOT dari ladang-ladang di bawah Jabatan Pertanian, yang dipasang dengan peranti IOT oleh pembekal IOT



Kini pengurusan dan pemantauan
pengairan pintar lebih mudah

Smart Irrigation Monitoring System (SIMS) merupakan satu platform pengurusan ladang di mana tujuan sistem ini adalah untuk meningkatkan kecekapan penggunaan sumber seperti air dan baja.

SIMS menggunakan data-data yang dicerap secara masa nyata seperti data cuaca, data tanah dan seterusnya memberikan notifikasi secara langsung kepada pengguna sistem ini akan keadaan status ladang.

SIMS juga membolehkan pihak pengguna untuk mengurus ladang secara digital dengan menyediakan laman ringkas seperti rekod ladang, rekod sistem pengairan, rekod hasil dan rekod ancaman supaya semua maklumat dapat diselenggara dan disemak di hujung jari.

sample dashboard view

Informasi

Maklumat-maklumat tambahan ini disediakan bagi kemudahan pengguna dalam mendapatkan tips bagi persediaan penggunaan sistem pengairan pintar.

E-IOT

Konsep Asas Sistem Pengairan Pintar

E-Extension

Asas Sistem Pengairan Pintar dan Kaedah Pemasangan Sistem.

E-Rakan Strategik

Senarai penyedia perkhidmatan Sistem Pengairan Pintar yang telah mendapat khidmat nasihat daripada Jabatan Pertanian

Hubungi Kami

JABATAN PERTANIAN
Aras 7-17, Wisma Tani, No. 30 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya Malaysia